Skip navigation

Jariah Fund

Kami membina sistem pendanaan awam (crowdfunding) sendiri untuk membantu golongan kurang berkemampuan untuk mendapatkan pendidikan, penjagaan kesihatan, dan sokongan ekonomi yang sewajarnya.

Sebagai sebuah institusi perbankan Islam yang berwibawa dan dipercayai, Bank Muamalat Malaysia Berhad, suatu inisiatif yang luar biasa untuk menyantuni penerima bantuan / benefisiari telah direalisasikan melalui Jariah Fund. Objektif kami adalah untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik dalam komuniti dan menyumbang kepada masyarakat.

Jariah Fund adalah platform yang tidak berasaskan keuntungan dan tidak berorientasikan perniagaan, dan bertujuan untuk memenuhi Pengantara Berasaskan Nilai atau Value Based Intermediaries (VBI) dalam industri perbankan.

Sebuah portal pendanaan awam yang menggabungkan 4 rakan amal. Sehingga kini, jariah Fund telah melengkapkan 20 buah kempen pendanaan awam dengan jumlah RM167,330.10 yang memberi manfaat kepada 2,564 benefisiari.

Pemerkasaan Ekonomi

Sinar Baru buat Mereka

Pembangunan Ekonomi Ibu Tunggal & Asnaf melalui Projek Jahitan Mukim Wakaf Raja, Kelantan

Yayasan Ikhlas

RM 6025.00 telah terkumpul 100.00%

Kempen tamat

Pendidikan dan Latihan Anak Orang Asli Menjadi Imam dan Bilal

Yayasan Muslimin

RM 4872.00 telah terkumpul 100.00%

Kempen tamat

Projek Sumbangan Alat Keperluan kepada Pesakit Hospital

Yayasan Ikhlas

RM 7613.00 telah terkumpul 100.01%

Kempen tamat

Kaedah Pembayaran