Skip navigation

Sentuhan Kasih Orang Buta

Pemerkasaan Ekonomi

Pembelian Katil Urut Mudah Alih (Portable Massage Bed) bagi Program Kemahiran Terapi Urut untuk kegunaan pelatih OKU.

Malaysian Association for the Blind


RM 1280.00 telah terkumpul
28.44 % daripada RM 4500.00 Kempen Tamat



Latarbelakang:

  • Perkhidmatan urut merupakan satu bidang yang amat sinonim dengan komuniti Orang Kelainan (OKU) penglihatan. Dianggarkan terdapat seramai 1,600 Juru Urut OKU Penglihatan yang bergerak aktif di sekitar Lembah Klang dan jumlah ini semakin bertambah selaras dengan perkembangan industri dan keperluan semasa.
  • Pusat Latihan Gurney (GTC) merupakan salah sebuah Pusat Latihan Kemahiran dibawah naungan Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia ditubuhkan khusus untuk melatih OKU penglihatan di Malaysia. Sehingga Januari 2020, seramai 2,540 orang pelatih OKU penglihatan telah menjalani latihan di GTC dalam pelbagai bidang kemahiran termasuk dalam bidang Urut Terapi dan Refleksologi.
  • Namun, kebanyakan peralatan yang digunapakai untuk latihan semakin usang dan ada yang telah menjangkau usia hampir 20 tahun. Kekurangan dana yang semakin meruncing serta keperluan untuk sentiasa peka dengan kehendak semasa menjadi sebab kepada kewujudan Kempen “Sentuhan Kasih Orang Buta”.

Info Ringkas:

  • Terdapat dua komponen penting dalam kemahiran terapi urut – sentuhan tangan Juru Urut (teknik urutan yang ditawarkan) dan katil urut. Perkhidmatan terbaik sebagai ahli terapi urut adalah mempunyai alat yang tepat. Katil yang stabil, selesa serta selamat adalah katil yang terbaik untuk memastikan bahawa ianya adalah sesuai untuk pelanggan. Keselamatan pelanggan adalah penting dan katil yang kuat yang dapat menampung berat badan adalah cara terbaik bukan sahaja untuk memastikan mereka selamat tetapi juga membantu pelatih sebagai ahli terapi urut dengan ergonomi yang betul.
  • Oleh itu, sangat penting bagi Pelatih kami di Pusat Latihan Gurney untuk mempraktikkan kemahiran mereka menggunakan peralatan terkini. Alat dan peralatan yang baik akan membantu teknik pembelajaran berdasarkan pengalaman dan mendorong peningkatan kualiti pembelajaran kendiri. Salah satu tugasan amali adalah membiasakan pelatih menggunakan peralatan dan kelengkapan terkini yang akan digunakan kemudian hari semasa di alam pekerjaan sebenar.

Bantuan yang diperlukan :

  • Antara pecahan kepada bantuan yang diperlukan adalah seperti berikut:
  1. 6 unit Katil Urut Mudah Alih : RM4,500.00

Soalan Lazim


#1 Apakah kepentingan katil urut mudah alih kepada Pusat Latihan dan pelatih OKU Penglihatan?


Katil Urut mudah alih akan digunakan pada sesi latihan kemahiran di Pusat latihan untuk melatih pelatih OKU Penglihatan dalam bidang Terapi Urut, salah satu program Persijilan yang mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia. Selain itu, ianya juga dapat membantu tenaga pengajar untuk menambahbaik modul pembelajaran dan latihan dengan mengaplikasikan teknik bersesuaian seperti urutan kesejahteraan (traditional) dan sport massage.



#2 Siapakah sasaran utama kempen ini?


Sasaran utama kempen ini ialah para pelatih OKU Penglihatan yang menjalani latihan kemahiran di Pusat Latihan Gurney dan pelatih yang akan menjalani latihan industri. Projek ini juga memberi manfaat kepada tenaga pengajar sebagai satu alat bantuan mengajar tambahan.



#3 Mengapakah katil urut jenis mudah alih dipilih?


Katil urut mudah alih lebih ringan dan boleh dilaraskan dengan mudah mengikut kesesuaian teknik urutan berbanding katil kekal.



#4 Bagaimanakah katil urut mudah alih ini dapat membantu pelatih OKU Penglihatan?


Dengan adanya latihan menggunakan peralatan terkini, pelatih dapat membiasakan diri dengan kepelbagaian teknik urutan dan peralatan yang bersesuaian seperti apa yang tersedia di industri.



#5 Berapakah peratusan kos pengurusan yang diambil oleh Rakan Amal untuk sumbangan kempen ini?





# Tarikh Masa Log Aktiviti
1 10/03/2022 09:58 Benifisiari untuk kempen Sentuhan Kasih Orang Buta telah selamat menerima sumbangan

Hanya Penderma yang dibenarkan untuk komen. Sila daftar masuk