Putu Mayam demi Keluarga
Pemerkasaan Ekonomi
Puan Rohani Mamat merupakan seorang pengusaha kuih muih kecil-kecilan di Bachok, Kelantan.

Daripada rekod Yayasan Sejahtera, Puan Rohani mempunyai potensi yang baik dan memberi kerjasama penuh dalam perlaksanaan aktiviti projek sebelum ini. Beliau juga amat bersemangat untuk membantu diri sendiri dan mengubah kehidupan keluarganya. Beliau kini lebih yakin dan berani untuk tampil ke hadapan untuk memajukan perusahaan beliau dan mempunyai pandangan yang positif untuk masa hadapan.
Dijangkakan Puan Rohani akan dapat menjana jualan sekurang-kurangnya tiga kali ganda secara purata (RM2,700 sebulan ) berbanding pendapatannya sebelum ini (RM700 sebulan).
Puan Rohani berhasrat untuk membuka gerai atau restorannya sendiri untuk diusahakan bersama keluarga sebagai perancangan masa hadapannya. Beliau juga bercita-cita untuk meluaskan pasaran kuih-muihnya ke lebih banyak kedai makan yang lain serta menghasilkan kuih sejuk beku.
20%
# | Tarikh | Masa | Log Aktiviti |
---|---|---|---|
1 | 10/03/2022 | 10:03 | Benifisiari untuk kempen Putu Mayam demi Keluarga telah selamat menerima sumbangan |