Skip navigation

Anak Pokok Cili Ibarat Anak Sendiri

Pemerkasaan Ekonomi

Rumah Hijau untuk Anak Pokok Cili

Yayasan Sejahtera


RM 5445.00 telah terkumpul
63.59 % daripada RM 8562.00 Kempen Tamat



Latar belakang:

  • En Junaipi merupakan seorang pengusaha tanaman cili. Hasil tanaman cili ini akan dijual kepada penduduk kampung dan pengusaha dari daerah-daerah lain.
  • En Junaipi mempunyai 4 orang anak. Manakala isteri beliau ialah seorang suri rumah. Perusahaan cili merupakan sumber pendapatan utama En Junaipi.
  • Purata hasil jualan tanaman En Junaipi adalah sebanyak RM500 sebulan.

Info Ringkas:

  • Berikutan musim kemarau dan PKP, En Junaipi tidak dapat menghantar bekalan ke daerah-daerah yang lain sehingga menyebabkan anak pokok cili rosak kerana kemarau dan sistem fertigasi yang tidak lengkap. Kini beliau hanya menggunakan pokok yang dibinanya sendiri sebagai ganti rumah hijau untuk mencambahkan benih.
  • Bagi mengatasi masalah ini, En Junaipi berhasrat untuk memiliki sebuah rumah hijau bagi menghasilkan tanaman dengan lebih bersistematik, berkualiti dan lumayan.
  • Dijangkakan dengan penggunaan rumah cili ini akan meningkat hasil jualan En Junaipi sekurang-kurangnya 3 kali ganda iaitu sebanyak RM1,500.00 sebulan.

Bantuan diperlukan:

  • En Junaipi memerlukan rumah hijau lengkap untuk semaian anak pokok cili fertigasi dengan anggaran kos RM6,400 untuk memulakan semula aktiviti penanaman cili fertigasi beliau.
  • Antara pecahan kepada bantuan yang diperlukan adalah seperti berikut:
  1. Peralatan membina rerumah semaian (20’x20’) = RM 3,852.00
  2. Peralatan input media semaian = RM 2,510.00
  3. Kos Pengangkutan = RM 500.00
  4. Baki selebihnya adalah untuk Kos Pengurusan

Soalan Lazim


#1 Apakah perancangan masa depan Encik Junaipi untuk memajukan aktiviti ekonomi beliau?


Encik Junaipi berhasrat untuk memajukan tanaman cili fertigasinya bukan sahaja dengan membekalkan anak pokok cili, tetapi juga menggunakan kaedah-kaedah yang boleh menjimatkan kos dan mesra alam seperti penggunaan baja kompos buatan sendiri. Beliau juga bercita-cita untuk membuka kilang sos cili demi pembangunan kampungnya di masa hadapan.



#2 Berapakah hasil jualan yang mampu dijana oleh Encik Junaipi selepas mendapat bantuan ini?


Dijangkakan Encik Junaipi akan dapat menjana jualan sekurang-kurangnya tiga kali ganda secara purata (RM1,500 sebulan) berbanding pendapatannya sebelum ini (RM500 sebulan). Dijangka dalam masa 6 bulan, beliau boleh menjana pendapatan sebanyak RM9,000.



#3 Kenapakah Yayasan Sejahtera memilih Encik Junaipi untuk dibantu?


Daripada rekod Yayasan Sejahtera, Encik Junaipi mempunyai potensi yang baik dan memberi kerjasama penuh dalam perlaksanaan aktiviti projek sebelum ini. Beliau juga amat bersemangat untuk membantu diri sendiri dan juga penduduk kampungnya. Oleh itu, bantuan ini diharapkan bukan sahaja dimanfaatkan oleh Encik Junaipi, tetapi juga oleh masyarakat setempat.



#4 Berapakah peratusan kos pengurusan yang diambil oleh Rakan Amal untuk sumbangan kempen ini?


20%




# Tarikh Masa Log Aktiviti
1 24/08/2020 10:03 Anak Pokok Cili Ibarat Anak Sendiri telah mencapai 50%
2 24/08/2020 10:37 Anak Pokok Cili Ibarat Anak Sendiri telah mencapai 75%
3 24/08/2020 10:39 Anak Pokok Cili Ibarat Anak Sendiri telah mencapai 100%
4 10/03/2022 10:03 Benifisiari untuk kempen Anak Pokok Cili Ibarat Anak Sendiri telah selamat menerima sumbangan

Hanya Penderma yang dibenarkan untuk komen. Sila daftar masuk