Skip navigation

Soalan Lazim

ASAS

1.Apa itu Jariah?

Jariah dari segi bahasa bermaksud berterusan atau mengalir. Dalam konteks pemberian sumbangan, Jariah menunjukkan satu penghargaan yang kesannya berterusan kepada pemberi dan membantu penerima dalam satu jangka masa yang panjang.

2. Apa itu Jariah Fund?

Jariah Fund adalah platform pendanaan awam berasaskan nilai-nilai Islam yang bertujuan untuk memudahkan penderma menyumbang kepada penerima bantuan / benefisiari.

3. Apa itu Pendanaan Awam (Crowdfunding)?

Pendanaan awam merupakan sebuah platform dalam talian untuk menyokong mereka yang memerlukan bantuan. Setiap orang boleh menyumbang sejumlah kecil atau besar untuk jumlah yang disasarkan.

4. Apakah jenis kempen Jariah Fund yang dilakukan?

Jariah Fund memberi tumpuan kepada kempen-kempen sosial yang merangkumi sektor Pendidikan, Kesihatan dan Pemerkasaan Ekonomi.


SUMBANGAN

1.Bagaimana saya ingin menyumbang kepada kempen?

Langkah 1 – Log Masuk / Daftar

Langkah 2 – Pilih kempen

Langkah 3 – Klik butang ‘Derma’

Langkah 4 – Masukkan jumlah dan buat pembayaran.

Langkah 5 - Anda akan dibawa ke halaman pembayaran.

Langkah 6 - Pilih kaedah pembayaran pilihan anda dan selesaikan sumbangan anda.

2. Adakah saya perlu mendaftar untuk menderma?

Ya, semua penderma diminta untuk log masuk atau mendaftar sebelum membuat sumbangan. Ini adalah untuk memudahkan proses pengeluaran resit rasmi oleh Rakan Amal setelah sumbangan dibuat.

3. Berapakah jumlah minima atau maksima untuk menderma?

Jumlah minima untuk satu-satu transaksi ialah RM10 dan maksima ialah RM1,000. Walaubagaimanapun, penderma boleh membuat lebih daripada satu transaksi.

4. Adakah saya (Penderma) dikenakan sebarang bayaran?

Tertakluk kepada pengecualian yuran oleh penaja utama (jika ada), bayaran biasa perkhidmatan FPX akan dikenakan sewajarnya.

5. Adakah Jariah Fund mengenakan sebarang bayaran untuk derma crowdfunding ini?

Tidak. Kami menawarkan perkhidmatan sumbangan crowdfunding dengan tujuan untuk memenuhi nilai-nilai Pengantara Berasakan Nilai (Value Based Intermediation) dalam industri perbankan.

6. Berapakah peratusan kos yang diambil oleh Rakan Amal untuk sumbangan kempen?

Peratusan kos pengurusan yang diambil adalah berbeza mengikut kempen dan Rakan Amal. Anda boleh rujuk ke Soalan Lazim / FAQ di setiap kempen bagi kos peratusan tersebut.

7. Adakah derma saya dikecualikan cukai?

Semua sumbangan dikecualikan cukai. Rakan Amal kami didaftarkan di bawah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan layak mendapat pengecualian cukai melalui resit yang dikeluarkan oleh mereka.

8. Adakah sumbangan saya selamat?

Ya. Kami menggunakan rangkaian pembayaran FPX satu penyelesaian pembayaran dalam talian yang selamat di mana ia membolehkan pendebitan akaun perbankan internet pelanggan dari pelbagai bank dalam masa nyata (real time).

9. Apakah yang terjadi kepada sumbangan yang melebihi jumlah sasaran dana kempen?

Sumbangan tersebut tetap akan diberikan kepada penerima bantuan / benefisiari. Namun, kami menyarankan para penderma untuk menyumbang kepada kempen lain yang belum memenuhi sasaran dana yang diperlukan.

10. Bolehkah saya mendapatkan sumbangan saya kembali?

Tidak ada pengembalian wang setelah sumbangan dibuat.

11. Mengapa saya tidak menerima resit pengecualian cukai setelah derma dibuat?

Resit tidak dapat dikeluarkan sekiranya nama, nombor kad pengenalan / nombor pasport / nombor pendaftaran syarikat dan alamat tidak lengkap.

12. Bolehkan saya menuntut kembali resit pengecualian cukai yang tidak diterima kerana butiran tidak lengkap?

Boleh. Sila emelkan kepada kami di jariahfund@muamalat.com.my beserta jumlah sumbangan, tarikh sumbangan, nombor rujukan sumbangan (contoh JF1234567890), nama, nombor IC / Passport dan alamat yang lengkap.

13. Bilakah saya akan menerima resit pengecualian cukai setelah derma dibuat?

Resit pengecualian cukai akan dihantar oleh Rakan Amal kami dalam tempoh 30 hari setelah kempen tamat.



KEMPEN

1.Apa yang berlaku jika kempen tidak mencapai jumlah yang disasarkan tepat pada waktunya?

Kami akan:

  • Melanjutkan tempoh kempen; atau
  • Menamatkan kempen sebagai kempen yang tidak lengkap dan pindahkan jumlah yang disumbangkan kepada benefisiari; atau
  • Menamatkan kempen sebagai kempen yang tidak lengkap dan baki selebihnya akan ditambah oleh kami

* Sebarang keputusan yang dibuat adalah tertakluk kepada budi bicara pihak kami.

2. Bagaimana saya mendapat kemas kini dari kempen yang saya sumbangkan?

Kami akan memaklumkan perkembangan terkini berkenaan kempen kepada semua penderma yang berdaftar melalui kemas kini di laman kempen tersebut atau e-mel yang didaftarkan. Penderma akan dimaklumkan setelah kempen telah dibiayai sepenuhnya, tempoh kempen telah berakhir, dan para penerima / benefisiari telah menerima sumbangan tersebut.

3. Bagaimana saya menghubungi Rakan Amal?

Anda sentiasa boleh melayari laman web Rakan Amal seperti yang tertera di laman Rakan Amal dan menghubungi mereka. Anda juga boleh menghantar e-mel kepada kami di jariahfund@muamalat.com.my.


OPERASI

1.Bagaimana Jariah Fund menampung kos operasinya?

Kami ditaja sepenuhnya oleh Bank Muamalat Malaysia Berhad. Semua kos operasi kini disokong oleh penaja utama kami. Kami tidak mengenakan sebarang bayaran kepada penderma.

2. Apakah proses ketekunan wajar (due diligence) dalam memilih Rakan Amal?

Kami hanya memilih Rakan Amal dan Kempen yang dipercayai dan telah disahkan. Rakan Amal yang mengendalikan kempen diteliti secara menyeluruh oleh panel yang boleh dipercayai untuk memberikan ketelusan sepenuhnya. Setelah Rakan Amal dilantik, kami akan mengesahkan segala modus operandinya sebelum, semasa dan selepas untuk memastikan semua sumbangan bantuan diterima oleh penerima bantuan. Ini merangkumi semua proses pemantauan, pelaporan dan pengauditan.

3. Apakah pecahan kepada kos pengurusan yang diambil oleh Rakan Amal?

Kos Pengurusan yang diambil (sekiranya ada) adalah untuk menampung kos pemantauan, kos pentadbiran, kos pengangkutan, kos operasi dan segala jenis kos lain yang berkaitan dengan pengurusan Rakan Amal.


HAL-HAL LAIN

1.Adakah Jariah Fund berkongsi maklumat peribadi saya?

Kami mungkin akan menggunakan maklumat anda yang diperoleh seperti yang dinyatakan dalam Terma & Syarat untuk tujuan:

  • Mengemas kini perkembangan terbaru kempen
  • Memberitahu anda dengan kempen baru yang mungkin anda minati
  • Menyampaikan produk dan perkhidmatan kami kepada anda
  • Meningkatkan produk dan perkhidmatan kami kepada anda
  • Memasarkan dan mengiklankan produk dan perkhidmatan kami dan juga dari platform lain dalam rangkaian kepada anda
  • Untuk memberitahu anda mengenai perubahan pada perkhidmatan kami
  • Untuk memberi anda maklumat mengenai yuran dan caj

2. Adakah terdapat bayaran pendaftaran untuk Rakan Amal untuk melancarkan kempen di platform?

Tidak ada bayaran pendaftaran untuk Rakan Amal untuk mendaftar di platform.

3. Adakah kami akan menerima resit selepas derma dibuat?

Ya, resit elektronik (E-Resit) akan diemel ke alamat emel yang didaftarkan. Bagaimanapun, sekiranya anda menggunakan emel Yahoo dan Hotmail, sila cetak E-Resit anda setelah derma dibuat kerana terdapat masalah teknikal bagi pengguna emel tersebut.

4. Adakah terdapat bayaran untuk memindahkan dana dari Jariah Fund kepada Rakan Amal?

Kami tidak mengenakan sebarang bayaran untuk pindahan dana kepada Rakan Amal yang berada di Malaysia. Sebaliknya, kami menanggung semua yuran pemindahan sekiranya ada.

5. Sekiranya kami adalah Pertubuhan / Yayasan / NGO / NPO dan berminat untuk memuat naik kempen di portal Jariah Fund, bagaimana langkah-langkahnya?

Anda perlu melalui proses pemilihan kami untuk memastikan semua kriteria dipenuhi. Setelah anda diterima, kami akan mengkaji dan menentukan kempen mana yang sesuai untuk ditampilkan di platform kami.

6. Bilakah Rakan Amal dapat mengumpulkan dana untuk kempen mereka?

Dana tersebut akan dipindahkan ke penerima / benefisiari dalam tempoh 30 hari dari hari kempen tersebut dibiayai sepenuhnya.

Bergantung kepada permintaan Rakan Amal, dana dapat dikeluarkan lebih awal tertakluk kepada persetujuan jawatankuasa kami.

7. Bagaimanakah dana dipindahkan ke Rakan Amal?

Setelah kempen dibiayai atau diselesaikan sepenuhnya, dana akan dipindahkan ke nombor akaun berdaftar yang diberikan oleh Rakan Amal.

8. Adakah pangkalan data semua penderma yang telah menyumbang kepada kempen akan dikongsi dengan Rakan Amal?

Data terhad akan dikongsi kepada Rakan Amal untuk pengeluaran resit rasmi bebas cukai yang dilakukan oleh penderma berpandukan Akta Perlindungan Data Peribadi (Personal Data Protection Act) Bank. Rakan Amal hanya akan dimaklumkan mengenai maklumat peribadi umum penderma untuk mengeluarkan resit rasmi sumbangan yang dilakukan oleh penderma seperti berikut:

- Untuk penderma individu:

  • Nama penderma;
  • Nombor kad pengenalan, nombor pasport; dan
  • Alamat lengkap

- Untuk penderma selain penderma individu:

  • Nama penderma;
  • Nombor pendaftaran; dan
  • Alamat lengkap