Tentang Kami
>

>
- Kami membina sistem pendanaan awam (crowdfunding) sendiri untuk membantu golongan kurang berkemampuan untuk mendapatkan pendidikan, penjagaan kesihatan, dan sokongan ekonomi yang sewajarnya.
- Sebagai sebuah institusi perbankan Islam yang berwibawa dan dipercayai, Bank Muamalat Malaysia Berhad, suatu inisiatif yang luar biasa untuk menyantuni penerima bantuan / benefisiari telah direalisasikan melalui Jariah Fund. Objektif kami adalah untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik dalam komuniti dan menyumbang kepada masyarakat.
- Jariah Fund adalah platform yang tidak berasaskan keuntungan dan tidak berorientasikan perniagaan, dan bertujuan untuk memenuhi Pengantara Berasaskan Nilai atau Value Based Intermediaries (VBI) dalam industri perbankan.
>
Kenapa Jariah Fund?
>
- Pengecualian Cukai - Semua sumbangan daripada individu atau korporat adalah layak untuk pengecualian cukai.
- Kempen dan Rakan Amal yang dipercayai dan disahkan – Pertubuhan / Yayasan / Badan Bukan Kerajaan (NGO) / Pertubuhan Bukan Berasaskan Keuntungan (NPO) yang mengendalikan kempen diperiksa secara menyeluruh oleh panel yang boleh dipercayai untuk memberikan ketelusan sepenuhnya.
- Sumbangan Masa Sebenar - Setiap sumbangan dikemas kini secara masa nyata (real time)
>
Sebuah Inisiatif Oleh
>
>

>
- Bank Muamalat memulakan operasinya pada 1 Oktober 1999 dan merupakan gabungan aset dan liabiliti bahagian perbankan Islam daripada Bank Bumiputra Malaysia Berhad, Bank of Commerce (M) Berhad dan BBMB Kewangan.
- Bank Muamalat Malaysia Berhad adalah bank kedua yang menawarkan perbankan Islam di bawah "Akta Perbankan Islam 1983" di Malaysia, selepas Bank Islam Malaysia Berhad.
- Bank Muamalat sentiasa bersedia memainkan peranannya dalam menyediakan produk dan perkhidmatan perbankan Islam kepada rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa mahupun agama.
- DRB-HICOM memegang 70% saham di Bank Muamalat sementara Khazanah Nasional Berhad memegang selebihnya.
>
Rangkaian Pembayaran Kami
>
>

>