Skip navigation

Meraih Bahagia dengan Sihat

Kesihatan

Projek Sumbangan Alat Keperluan kepada Pesakit Hospital

Yayasan Ikhlas


RM 7613.00 telah terkumpul
100.01 % daripada RM 7612.50 Kempen Tamat



Pesakit 1

Latarbelakang:

  • Adik Aisy Miqael, berumur 5 tahun, anak angkat kepada sebuah keluarga yang hanya berpendapatan RM 1,700 sebulan.
  • Tinggal di flat kecil di Seri Kembangan dan mendapat bantuan JKM RM 150 setiap bulan.
  • Aisy ini diambil oleh keluarga angkat ketika baru lahir lagi, tetapi perkembangannya terbantut.
  • Selepas 3 bulan dijaga oleh keluarga angkat ini, mula berlaku satu persatu dugaan buat keluarga ini.

Info Ringkas:

  • Aisy mengalami Treacher Collins Syndrome yang menyebabkan gangguan pada pertumbuhan tulang sehingga adik Aisy tak boleh berjalan sampai sekarang.
  • Dalam masa yang sama, adik Aisy memerlukan bantuan untuk mengeluarkan najis. Lihat di perutnya ada saluran paip, yang perlu dimasukkan air. Paraffin dimasukkan di dubur, baru boleh berak.
  • Adik Aisy ni baru je keluar dari ICU hospital sebab ada masalah paru-paru... Tergambar wajah sedih ibu angkat Aisy ketika meluahkan satu persatu dugaan yang dialami..
  • Beza sekali Aisy dengan kanak-kanak yang berumur 5 tahun... Kanak-kanak diusianya mula bersekolah tadika, Aisy hanya terlantar dirumah...
  • Kanak-kanak diusianya sudah berlari laju, belajar tendang bola, ada yang belajar berenang, tetapi Aisy hanya mengesut ke sana ke mari di rumah sehingga bahagian kaki pahanya melecet...
  • Kanak-kanak diusianya sudah pandai bercakap, berbual, panggil mama papa, malah sudah pandai menyanyi, tapi Aisy nak bercakap pun tak boleh...
  • Menangis kami...

Bantuan diperlukan:

  • Aisy memerlukan kerusi roda untuk bergerak.
  • Antara pecahan kepada bantuan yang diperlukan adalah seperti berikut:
  1. 14” child lightweight detachable wheelchair with flip armrest dan detachacle footrest rear wheel 20” PU tyre and 6” slodi castor cum with chest strap = RM 790.00
  2. Baki selebihnya adalah untuk Kos Pengurusan


Pesakit 2

Latarbelakang:

  • Adik Syahkiela berumur 12 tahun merupakan anak kelima daripada 5 orang adik-beradik.
  • Membesar dalam keadaan tidak boleh bergerak, hanya baring dan memerlukan bantuan sepenuhnya daripada orang sekeliling disebabkan penyakit cerebral palsy.
  • Mempunyai tulang belakang yang bengkok dan tidak boleh bergerak tanpa bantuan. Semasa dilahirkan adik ini tidak henti-henti menangis sepanjang malam (sawan tangis) selama beberapa bulan untuk itu ibu bapanya juga kerap mendapatkan rawatan secara tradisional.

Info Ringkas:

  • Semasa PKP baru-baru ini adik ini disahkan mendapat jangkitan paru-paru dan dimasukkan di wad.
  • Selepas peristiwa tersebut adik ini kerap diberikan rawatan di hospital untuk proses follow up. Makan dan minum hanya dengan bantuan daripada orang sekeliling.
  • Adik ini tidak boleh bercakap cuma menyebut perkataan belakang sahaja apabila ingin meminta. Makanan yang dimakan tidak boleh terlalu keras dan hanya dalam kuantiti yang sedikit kerana seleranya yang kurang.
  • Bergantung kepada pendapatan ayah yang Berniaga Sate dengan purata pendapatan RM 1,000.00 sebulan dan kakak pesakit yang bekerja sebagai Jurujual dengan purata pendapatan sebanyak RM 1,200.00 sebulan.
  • Ayahnya bekerja berniaga sate setiap hari di Jalan Ipoh dibawah jambatan dan tempat berniaga diberikan oleh Bandaraya tanpa bayaran. Bayangkan beliau perlu berulang alik dari Puchong ke Jalan Ipoh setiap hari terpaksa membawa adik ini bersama kerana tiada orang ingin menjaga.
  • Sudah 6 tahun ibunya berhenti berniaga kuih-muih kerana perlu menjaga adik Syahkiela dan menguruskan kehidupan sehariannya.

Bantuan diperlukan:

  • Adik Syahkiela memerlukan bantuan kerusi roda yang bersesuaian serta mempunyai sistem untuk membantunya duduk dengan selesa bagi kemudahan untuk ke hospital.
  • Antara pecahan kepada bantuan yang diperlukan adalah seperti berikut:
  1. Kerusi roda tilt in space with seating system = RM 3,500.00
  2. Baki selebihnya adalah untuk Kos Pengurusan


Pesakit 3

Latarbelakang:

  • Pakcik Risman berusia 60 tahun dan menghidap masalah pendengaran lebih 2 tahun akibat jatuh terlentang semasa ingin mengambil air sembahyang 3 tahun yang lalu sehingga kesannya kekal sehingga kini.
  • Kata doktor, masalah ini juga berpunca dari penyakit kencing manis yang dihidapinya.

Info Ringkas:

  • 20 tahun bekerja sebagai pemandu teksi tetapi sudah 3 tahun berhenti bekerja akibat kesihatan yang tidak memberangsangkan.
  • Pendapatan beliau bergantung kepada ahli kelarga terdekat kerana tiada pendapatan sendiri.

Bantuan diperlukan:

  • Beliau memerlukan alat pendengaran untuk membantu mengurangkan masalah pendengaran yang dihidapi.
  • Antara pecahan kepada bantuan yang diperlukan adalah seperti berikut:
  1. Alat Pendengaran Siemens "Basic Class technology" Hearing Aid Model Intuis 3 M (B.T.E) termasuk kelengkapan = RM 1,800.00
  2. Baki selebihnya adalah untuk Kos Pengurusan

Soalan Lazim


#1 Dimanakah edaran dilakukan?


Di rumah pesakit masing-masing.



#2 Siapa rakan kerjasama dalam program ini?


Jabatan Kerja sosial Hospital Serdang



#3 Bilakah bantuan ini akan diedarkan?


Kami sasarkan pada bulan Oktober 2020 atau secepat yang mungkin.



#4 Berapakah peratusan kos pengurusan yang diambil oleh Rakan Amal untuk sumbangan kempen ini?


20%




# Tarikh Masa Log Aktiviti
1 06/10/2020 09:35 Meraih Bahagia dengan Sihat telah mencapai 50%
2 20/10/2020 20:24 Meraih Bahagia dengan Sihat telah mencapai 75%
3 05/11/2020 14:39 Meraih Bahagia dengan Sihat telah mencapai 100%
4 15/09/2021 14:30 Benifisiari untuk kempen Meraih Bahagia dengan Sihat telah selamat menerima sumbangan

Hanya Penderma yang dibenarkan untuk komen. Sila daftar masuk