Sinar Baru buat Mereka
Pemerkasaan Ekonomi
Pembangunan Ekonomi Ibu Tunggal & Asnaf melalui Projek Jahitan Mukim Wakaf Raja, Kelantan

Projek ini berkonsepkan pembangunan ekonomi berasaskan kemahiran bagi golongan sasaran yang mengambil masa 6 bulan bagi projek jahitan. Projek ini akan terdiri dari aspek-aspek latihan teori, perlaksanaan praktikal dan pemantauan bermula dari tahap pembuatan sehingga ke tahap penjualan hasil atau produk. Pembangunan ekonomi melalui kemahiran jahitan disasarkan kepada ibu-ibu tunggal dan wanita dari keluarga asnaf di bawah umur 40.
Projek ini akan memfokuskan kepada beberapa ibu-ibu tunggal dan wanita asnaf sebagai projek perintis. Projek ini akan merangkumi tiga fasa iaitu fasa latihan kemahiran, fasa perlaksanaan praktikal projek dan fasa pemantauan. Secara mudah, projek ini akan melatih kemahiran kepada golongan yang disasarkan sehingga mereka boleh menjalankannya sendiri dan mendapat hasil pulangan pendapatan dari kegiatan ekonomi tersebut. Pemantauan akan berlaku dari awal hingga peserta boleh menjana pendapatan sendiri. Tapak projek jahitan beralamatkan berikut: PASTI AL FITRAH, No 2 Kampung Wakaf Raja, 16800 Pasir Puteh Kelantan.
20%
# | Tarikh | Masa | Log Aktiviti |
---|---|---|---|
1 | 20/11/2020 | 10:52 | Sinar Baru buat Mereka telah mencapai 50% |
2 | 20/11/2020 | 10:54 | Sinar Baru buat Mereka telah mencapai 75% |
3 | 11/12/2020 | 09:21 | Sinar Baru buat Mereka telah mencapai 100% |
4 | 15/09/2021 | 14:33 | Benifisiari untuk kempen Sinar Baru buat Mereka telah selamat menerima sumbangan |