Skip navigation

Mereka Sebahagian daripada Kita

Pemerkasaan Ekonomi

Projek Kemahiran Tambahan Pelajar Autisme untuk Alam Pekerjaan

The National Autism Society of Malaysia


RM 8900.00 telah terkumpul
100.00 % daripada RM 8900.00 Kempen Tamat



Latar belakang:

  • NASOM ditubuhkan sejak tahun 1986 oleh sekumpulan ibu bapa yang mempunyai anak-anak autisme.
  • Sehingga kini, NASOM telah mempunyai 16 buah pusat di seluruh Malaysia termasuk Sabah.

Info Ringkas:

  • Pelajar autisme yang melepasi peringkat usia persekolahan memerlukan pelbagai kemahiran sekiranya menginginkan peluang pekerjaan di luar.
  • Walaubagaimanapun, latihan yang singkat semasa sesi percubaan menyebabkan mereka selalunya gagal memenuhi kriteria majikan dan seterusnya gagal mendapatkan pekerjaan.
  • Oleh hal demikian, NASOM ingin menyediakan latihan asas mengendalikan mesin mudah agar pelajar dapat belajar menggunakannya untuk bekerja.

Bantuan diperlukan:

  • Antara pecahan kepada bantuan yang diperlukan adalah seperti berikut:
  1. Mesin Popcorn Maker (2 unit) = RM 1,600.00
  2. Electric Waffle Machine (2 unit) = RM 3,700.00
  3. Mesin Cetak Cenderahati (3 unit) = RM 3,600.00

Soalan Lazim


#1 Berapa buah mesin yang diperlukan?


Mesin Waffle (2 set), Mesin Popcorn (2 set) dan Mesin cetak cenderahati (3 set)



#2 Bagaimana mesin ini dapat membantu pelajar di masa hadapan?


Bagi pelajar yang meminati aktiviti memasak, penyediaan makanan serta pembungkusan, latihan menggunakan mesin-mesin ini dapat membantu mereka untuk meningkatkan kemahiran. Justeru, mereka dapat menggunakan pengalaman itu untuk bekerja di masa hadapan atau pun menjana pendapatan dengan menjalankan perniagaan sendiri.



#3 Berapa lama masa yang diperlukan untuk mengajar pelajar untuk mengendalikan mesin?


Pelajar akan mengambil masa sekitar 6 bulan ke setahun bergantung kepada tahap keupayaan pelajar untuk memahami arahan dan melaksanakan tugasan.



#4 Di manakan tempat latihan akan diadakan?


Di NASOM cawangan Melaka



#5 Berapa orang pelajar di NASOM Melaka?


34 orang pelajar.



#6 Berapakah peratusan kos pengurusan yang diambil oleh Rakan Amal untuk sumbangan kempen ini?


Tiada




# Tarikh Masa Log Aktiviti
1 23/04/2021 15:54 Mereka Sebahagian daripada Kita telah mencapai 50%
2 17/06/2021 13:02 Mereka Sebahagian daripada Kita telah mencapai 75%
3 19/08/2021 12:36 Mereka Sebahagian daripada Kita telah mencapai 100%
4 10/03/2022 10:06 Benifisiari untuk kempen Mereka Sebahagian daripada Kita telah selamat menerima sumbangan

Hanya Penderma yang dibenarkan untuk komen. Sila daftar masuk