Skip navigation

Kempen Berjaya

Kempen Meraih Bahagia dengan Sihat - Yayasan Ikhlas


Pesakit 1

  • Pihak keluarga adik Aisy Miqael amat bersyukur dengan sumbangan yang telah diberikan oleh pihak Yayasan Ikhlas dan Bank Muamalat.
  • Keprihatinan pihak Yayasan Ikhlas dan Bank Muamalat secara tak langsung membantu dan memudahkan pergerakan adik Aisy Miqael serta memberikan keselesaan kepadanya.

WS aisy.png

Pesakit 2

  • Pihak keluarga adik Syahkiela amat bersyukur dengan sumbangan yang telah diberikan oleh pihak Yayasan Ikhlas dan Bank Muamalat.
  • Menurut ibunya, Puan Khorseemah beliau amat bersyukur dengan bantuan yang telah diberikan kerana secara tidak langsung telah membantu pergerakan adik Syahkiela dengan mudah. Selama 6 tahun berurusan di hospital, ayahnya perlu menggendong adik syahkiela bagi urusan appointment sehingga terpaksa berhenti di beberapa ‘perhentian’ terlebih dahulu sebelum sampai ke wad untuk urusan appointment akibat kepenatan kerana berat badan adik syahkiela yang makin bertambah.
  • Oleh itu, sumbangan ini secara tidak langsung telah meringankan beban ibu dan bapa adik Syahkiela yang sudah mencecah usia 50-an.

Pesakit 3

  • Pihak keluarga Encik Risman amat bersyukur dengan sumbangan yang telah diberikan oleh pihak Yayasan Ikhlas dan Bank Muamalat.
  • Menurut anaknya, Puan Rina: "Alhamdulillah, ayah sudah boleh mendengar dengan jelas apabila menggunakan alat bantuan pendengaran sokongan."
  • Secara tidak langsung membantu proses komunikasi antara beliau dan ayahnya sekeluarga.
  • Oleh itu, sumbangan ini sangat-sangat telah membantu memudahkan urusan keluarga pesakit dalam menguruskan kehidupan Encik Risman.




  • Berikutan penularan wabak COVID 19, kempen-kempen di Jariah Fund tetap mendapat sambutan menggalakkan daripada pelbagai pihak. Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Ilahi, kempen Penuhi Tuntutan Ilmu merupakan kempen sulung yang telah berjaya dibiayai sepenuhnya dalam tempoh 37 hari selepas platform Jariah Fund ini dilancarkan.

  • Yayasan Muslimin begitu tekad untuk memastikan setiap sumbangan yang dihulurkan mencapai objektif yang telah ditetapkan. Oleh itu, pihak Yayasan Muslimin telah berjaya mengagihkan sumbangan yang diperlukan kepada penerima bagi memenuhi keperluan masyarakat orang Asli di Ulu Yam.

  • Kejayaan ini menjadi satu titik permulaan bagi fenomena baharu di mana sumbangan kini amatlah mudah iaitu dengan menggunakan teknologi masa kini. Platform ini membuktikan bahawa untuk meraih sumbangan dari orang ramai tidak lagi memerlukan cara tradisional seperti kutipan derma melalui tabung. Malah, cara moden kini iaitu menggunakan pembayaran elektronik adalah lebih berkesan dan efisien dalam kalangan masyarakat hari ni.

  • Semoga platform ini dijadikan contoh untuk menyantuni mereka yang memerlukan dengan cara yang lebih dipercayai dan berkesan.



Kempen Sinar Baru buat Mereka - Yayasan Ikhlas


  • Kempen Sinar Baru buat Mereka merupakan kempen khusus untuk pembangunan ekonomi bagi golongan ibu tunggal & asnaf melalui Projek Jahitan Mukim Wakaf Raja di Kelantan.
  • Antara ulasan peserta yang ditaja:

"Alhamdulillah, saya amat bersyukur dengan sumbangan yang telah diberikan oleh Bank Muamalat serta para penyumbang yang sudi membantu kami dalam menyungkil bakat dan membina kerjaya sebagai seorang surirumah yang berjaya. Kursus yang dijalankan oleh giat mara ini memberikan peluang kepada kami untuk mengembangkan potensi dan membina kerjaya sebagai seorang penjahit yang berpotensi untuk membantu keluarga. Terima kasih Bank Muamalat kerana telah merealisasikan impian kami."