Apakah program Vision for Education?
<ul><li data-block-key="5kasu">Program Vision for Education adalah sebuah program yang menyediakan bantuan pemeriksaan mata dan cermin mata atau rawatan mata untuk pelajar-pelajar asnaf dan B40 di sekolah rendah dan sekolah menengah. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran kepentingan penjagaan kesihatan mata dari usia yang muda dan untuk mengesan masalah penglihatan di kalangan kanak-kanak yang kebanyakannya dapat dirawat jika dikesan lebih awal. Penglihatan yang sempurna dapat memudahkan proses pembelajaran di sekolah dan meningkatkan kualiti kehidupan seharian.</li></ul>