Skip navigation

Vision For Education

Pendidikan

Bantuan cermin mata dan rawatan mata percuma untuk pelajar sekolah daripada keluarga B40 dan asnaf.

PruBSN


RM 1761.38 telah terkumpul
17.61 % daripada RM 10000.00 59 hari lagi

Sila log masuk sebelum menderma


Latar Belakang:

  • Program Vision for Education adalah satu inisiatif di bawah PruBSN Prihatin yang bertujuan membantu para pelajar sekolah dari golongan asnaf dan B40 yang menghadapi masalah penglihatan. Penerima bantuan akan menjalani pemeriksaan mata secara percuma dan sekiranya mereka memerlukan bantuan cermin mata atau pemeriksaan lanjut, bantuan sepenuhnya akan diberikan tanpa melibatkan apa-apa kos daripada mereka.

Info Ringkas:

  • Sumbangan ini dapat membantu mengurangkan ketidaksamaan akses kepada penjagaan kesihatan mata. Golongan luar bandar atau kurang berkemampuan sering terlepas pandang dari segi penjagaan mata. Program ini dapat memberikan mereka peluang sama rata untuk mendapatkan penjagaan yang sewajarnya.
  • Bantuan melalui program ini dapat meningkatkan produktiviti dan kualiti hidup pelajar sekolah yang mempunyai masalah penglihatan secara keseluruhan. Mereka juga dapat menjalankan tugas harian dan pembelajaran yang baik dalam kelas tanpa gangguan akibat masalah penglihatan.
  • Program ini juga dapat membantu dari segi penjimatan kos bagi keluarga yang kurang berkemampuan. Pemeriksaan mata dan cermin mata selalunya memerlukan kos yang tinggi. Dengan adanya bantuan ini, ia dapat mengurangkan beban kewangan keluarga dan membolehkan mereka menggunakan wang untuk keperluan lain seperti makanan, pendidikan dan kebajikan keluarga.

Bantuan Yang Diperlukan:

  • Antara pecahan kepada bantuan yang diperlukan adalah seperti berikut:

Barangan Keperluan Kempen Vision For Education

Rakan Amal adalah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan layak mengeluarkan resit pengecualian cukai. Sila e-melkan pertanyaan anda ke jariahfund@muamalat.com.my, untuk memohon resit rasmi sumbangan.


Soalan Lazim


#1 Bagaimanakah sumbangan saya dapat membantu program ini?


  • Sumbangan anda dapat menampung kos cermin mata atau rawatan mata bagi pelajar sekolah dari golongan asnaf atau B40.



#2 Apakah impak program ini kepada pelajar?


  • Bantuan pemeriksaan mata dan cermin mata atau rawatan mata melalui program ini dapat memberikan kesan jangka panjang dengan meningkatkan produktiviti dan kualiti hidup pelajar sekolah yang mempunyai masalah penglihatan secara keseluruhan. Mereka juga dapat menjalankan tugas harian dan pembelajaran yang baik dalam kelas tanpa gangguan akibat masalah penglihatan. Selain itu, program ini juga dapat membantu dari segi penjimatan kos bagi keluarga yang kurang berkemampuan kerana pemeriksaan mata dan cermin mata atau rawatan mata selalunya memerlukan kos yang tinggi.



#3 Siapakah yang menjalankan program ini?


  • Program ini dijalankan dengan kerjasama antara PruBSN Prihatin dan Our Optometris di sekolah-sekolah dengan kelulusan daripada pihak Kementerian Pendidikan.



#4 Apakah program Vision for Education?


  • Program Vision for Education adalah sebuah program yang menyediakan bantuan pemeriksaan mata dan cermin mata atau rawatan mata untuk pelajar-pelajar asnaf dan B40 di sekolah rendah dan sekolah menengah. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran kepentingan penjagaan kesihatan mata dari usia yang muda dan untuk mengesan masalah penglihatan di kalangan kanak-kanak yang kebanyakannya dapat dirawat jika dikesan lebih awal. Penglihatan yang sempurna dapat memudahkan proses pembelajaran di sekolah dan meningkatkan kualiti kehidupan seharian.





Hanya Penderma yang dibenarkan untuk komen. Sila daftar masuk