Skip navigation

Apakah objektif utama projek cenderamata NASOM ini?

<ul><li data-block-key="w5f3l">Pada setiap tahun, NASOM akan membuat persiapan untuk menyambut kedatangan Hari Kesedaran Autisme Sedunia yang disambut pada 2 April pada setiap tahun. Seperti kebiasaan, NASOM akan menerima pelbagai jemputan ke sambutan program kesedaran ini di mana salah satu aktiviti yang dianjurkan ialah kempen/pameran kesedaran dan produk dari individu @ persatuan autisme. Oleh itu, NASOM amat memerlukan dana bagi urusan pembelian cenderamata seperti dicadangkan menerusi kertas cadangan yang diberikan. Hal ini dilihat sebagai salah satu inisiatif untuk meningkatkan kesedaran autisme dalam kalangan masyarakat dan pada masa yang sama mereka turut dapat menyumbang (donate) kepada NASOM dan pelajar autisme yang berkenaan menerusi sumbangan yang diberikan oleh orang ramai.</li></ul>