Latar Belakang:
- Inisiatif khas untuk bantuan kewangan bagi dana permulaan pembelian produk cenderamata bagi kempen kesedaran autisme.
Info Ringkas:
- Dana yang diperolehi melalui kempen Jariah Fund ini akan digunakan sebagai dana permulaan projek penghasilan produk cenderamata autisme berasaskan cetakan semula inspirasi hasil karya seni dan kreativiti pelajar NASOM (cth: t-shirt, beg tot, pin lencana, calendar, buku nota, set cenderamata etc) di mana hasil dapatan berbentuk wang tunai bagi setiap cenderamata yang disumbangkan oleh orang ramai ini bukan sahaja bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai autisme malah mampu untuk membantu menyokong kos pengoperasian NASOM dan pusat-pusat yang berkenaan.
- Melalui projek ini jugak, pelajar-pelajar yang terlibat akan diberikan insentif bagi setiap penghasilan karya seni yang secara tidak langsung dapat membantu menyumbang dari segi tambahan wang saku pelajar tersebut.
Bantuan Yang Diperlukan:
- Antara pecahan kepada bantuan yang diperlukan adalah seperti berikut:
Barangan Keperluan Kempen Usahawan Cahaya Autism
Rakan Amal adalah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan layak mengeluarkan resit pengecualian cukai. Sila e-melkan pertanyaan anda ke jariahfund@muamalat.com.my, untuk memohon resit rasmi sumbangan.
Soalan Lazim
#1 Apakah objektif utama projek cenderamata NASOM ini?
- Pada setiap tahun, NASOM akan membuat persiapan untuk menyambut kedatangan Hari Kesedaran Autisme Sedunia yang disambut pada 2 April pada setiap tahun. Seperti kebiasaan, NASOM akan menerima pelbagai jemputan ke sambutan program kesedaran ini di mana salah satu aktiviti yang dianjurkan ialah kempen/pameran kesedaran dan produk dari individu @ persatuan autisme. Oleh itu, NASOM amat memerlukan dana bagi urusan pembelian cenderamata seperti dicadangkan menerusi kertas cadangan yang diberikan. Hal ini dilihat sebagai salah satu inisiatif untuk meningkatkan kesedaran autisme dalam kalangan masyarakat dan pada masa yang sama mereka turut dapat menyumbang (donate) kepada NASOM dan pelajar autisme yang berkenaan menerusi sumbangan yang diberikan oleh orang ramai.
#2 Apakah mekanik / proses bagi menjayakan kempen kesedaran autisme ini berdasarkan produk cenderamata yang dicadangkan?
- NASOM kebiasaanya akan dijemput untuk menyertai pelbagai jenis kempen kesedaran terutamanya yang berkaitan dengan kesedaran autisme. Jemputan ini adalah bagi tempoh durasi program sepanjang tahun, tidak terhad pada bulan kesedaran autisme sedunia sahaja. Menerusi jemputan ini, NASOM akan mempamerkan cenderamata @ produk yang dihasilkan oleh pelajar NASOM sebagai contoh t-shirt dan beg tot kesedaran autisme di mana corak yang dihasilkan adalah melalui kreativiti karya seni yang dibuat oleh anak-anak austisme ini.
#3 Bagaimanakah projek cenderamata ini dapat membantu NASOM secara keseluruhan?
- Projek cenderamata ini dijangka mampu untuk meningkatkan kesedaran mengenai autisme terutamanya penghargaan untuk pelajar autisme yang terlibat dalam menyumbang karya seni mereka bagi penghasilan cenderamata terpilih. Hal ini juga dilihat dapat menyumbang kepada bantuan terus kepada pelajar dari segi duit poket hasil usaha mereka selain sedikit sebanyak dapat membantu meringankan kos perbelanjaan dan operasi NASOM secara amnya.