Skip navigation

Apakah langkah yang diambil oleh Persatuan Penduduk PPR Seri Semarak bagi memastikan bantuan ini dalam keadaan yang baik?

<p>Persatuan PPR Seri Semarak akan menyediakan satu buku untuk merekodkan keberadaan dan pergerakkan barang tersebut yang digunakan dengan mencatatkan maklumat peminjam, tarikh peminjaman, lokasi peminjaman dan tujuan peminjaman stretcher itu sendiri.</p><p>Keadaan ini dapat membantu Persatuan Penduduk PPR Seri Semarak menyemak rekod penggunaan dan pengurusan barang tersebut malahan ia dapat mengelakkan barang ini daripada hilang. Selain itu, kondisi barang juga dapat dikenal pasti jika terdapat sebarang kerosakkan, ia akan di rujuk melalui rekod maklumat penama peminjam, dan sekiranya sebarang bentuk ganti rugi atau pembaik pulih barang tersebut perlu diambil ia dapat dilaksanakan dengan mudah dan cepat.</p><p>Di samping itu,terdapat nama-nama ahli Persatuan Penduduk Seri Semarak yang setiap bulan akan ditugaskan untuk memeriksa dan melaporkan rekod pengurusan dan keadaan barang tersebut kepada Pengerusi Persatuan dan Yayasan Sejahtera.</p><p></p>