Skip navigation

Sumbangan Kita, Masa Depan Mereka

Pendidikan

Ketiadaan Pembesar Suara Mudah Alih (portable speaker) serta kekurangan meja lipat, kerusi plastik dan white board untuk kegunaan di Pusat Tuisyen Blok E PPR Seri Semarak.

Yayasan Sejahtera


RM 5748.00 telah terkumpul
100.00 % daripada RM 5748.00 Kempen Tamat



Latar Belakang:

Pusat Tuisyen Blok E PPR Seri Semarak adalah sebuah kelas yang digunakan untuk pelbagai aktiviti seperti kelas tuisyen untuk pelajar sekolah, mesyuarat, taklimat dan pelbagai program lain. Namun, tempat ini tidak memiliki Pembesar Suara mudah alih yang dapat digunakan sepanjang masa. Selain itu, kekurangan meja lipat, kerusi plastik serta White Board menyebabkan ketidakselesaan kepada penduduk dan mengganggu kelancaran program yang diadakan.

Info Ringkas:

  1. Pusat tuisyen ini tidak mempunyai beberapa kemudahan peralatan seperti pembesar suara mudah alih, meja lipat, kerusi plastik dan papan putih untuk kegunaan penduduk apabila sebarang program dijalankan.
  2. Selain daripada dijadikan tempat belajar untuk pelajar sekolah rendah dan menengah, ia juga berfungsi sebagai dewan serbaguna untuk sebarang program, taklimat, mesyuarat dan lain-lain.
  3. Sempena Ramadhan ini, kempen ini bertujuan untuk membantu penduduk PPR Seri Semarak dan menjaga kebajikan mereka.
  4. Kelancaran program dan pusat tuisyen ini akan dapat meningkatkan kualiti dan taraf hidup masyarakat setempat di PPR Seri Semarak.

Bantuan diperlukan:

Antara pecahan kepada bantuan yang diperlukan adalah seperti berikut:

  1. Pembesar suara mudah alih (1 unit) = RM930.00
  2. Meja lipat (20 unit) = RM1,780.00
  3. Kerusi plastik (60 unit) = RM900.00
  4. Papan putih (1 unit) = RM580.00
  5. Caj penghantaran = RM600.00
  6. Baki selebihnya adalah untuk Kos Pengurusan


Soalan Lazim


#1 Kenapakah Yayasan Sejahtera memilih penduduk PPR Seri Semarak untuk dibantu?


Melalui rekod Yayasan Sejahtera, penduduk PPR Seri Semarak sentiasa memberikan komitmen dan memberikan kerjasama yang penuh dalam pelaksanaan projek dan program sebelum ini walaupun tidak semua daripada mereka dipilih untuk menjadi peserta Yayasan Sejahtera. Semangat kekitaan dikalangan penduduk juga menjadi sumber inspirasi untuk membantu meringankan beban mereka bagi meningkatkan kebajikan dan kualiti serta taraf hidup mereka.



#2 Apakah langkah yang diambil oleh Persatuan Penduduk PPR Seri Semarak bagi memastikan bantuan ini dalam keadaan yang baik?


Persatuan PPR Seri Semarak akan menyediakan satu buku untuk merekodkan keberadaan dan pergerakkan barang tersebut yang digunakan dengan mencatatkan maklumat peminjam, tarikh peminjaman, lokasi peminjaman dan tujuan peminjaman stretcher itu sendiri.

Keadaan ini dapat membantu Persatuan Penduduk PPR Seri Semarak menyemak rekod penggunaan dan pengurusan barang tersebut malahan ia dapat mengelakkan barang ini daripada hilang. Selain itu, kondisi barang juga dapat dikenal pasti jika terdapat sebarang kerosakkan, ia akan di rujuk melalui rekod maklumat penama peminjam, dan sekiranya sebarang bentuk ganti rugi atau pembaik pulih barang tersebut perlu diambil ia dapat dilaksanakan dengan mudah dan cepat.

Di samping itu,terdapat nama-nama ahli Persatuan Penduduk Seri Semarak yang setiap bulan akan ditugaskan untuk memeriksa dan melaporkan rekod pengurusan dan keadaan barang tersebut kepada Pengerusi Persatuan dan Yayasan Sejahtera.




# Tarikh Masa Log Aktiviti
1 05/09/2021 10:35 Sumbangan Kita, Masa Depan Mereka telah mencapai 50%
2 28/10/2021 11:33 Sumbangan Kita, Masa Depan Mereka telah mencapai 75%
3 29/10/2021 22:02 Sumbangan Kita, Masa Depan Mereka telah mencapai 100%

Hanya Penderma yang dibenarkan untuk komen. Sila daftar masuk