Kini seluruh dunia diuji dengan penularan pandemik Covid-19. Banyak pihak yang terkesan dalam menempuhi kehidupan seharian. Di Malaysia, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mengubah sedikit sebanyak cara kehidupan dan tidak terkecuali bagi anak-anak yang bersekolah. Sekolah terpaksa ditutup bagi mengekang penularan wabak dan pembelajaran dilaksanakan secara atas talian sahaja. Bagi majoriti anak-anak komuniti B40 pula, mereka tidak memiliki peralatan pembelajaran dan data internet yang cukup bagi mengikuti kelas atas talian sekaligus menyebabkan ramai antara anak-anak ini tercicir dalam pembelajaran mereka.
Antara pecahan kepada dana yang diperlukan adalah seperti berikut:
Pendidikan amat penting bagi pihak Yayasan Sejahtera dan anak-anak perlu dibantu dan diberikan peluang supaya tidak terus tercicir di dalam pembelajaran mereka.
Pihak Yayasan Sejahtera berharapanak-anak ini dapat mengejar semula sesi pembelajaran yang telah lama mereka tinggalkan dan lebih bersedia menduduki peperiksaan SPM pada awal tahun hadapan. Impak yang lebih besar adalah apabila anak-anak ini dapat meningkatkan gred mereka di dalam subjek-subjek yang dipelajari dan lulus dengan cemerlang.
10%