Skip navigation

Kenapakah Yayasan Sejahtera memilih Puan Rohani untuk dibantu?

<p>Daripada rekod Yayasan Sejahtera, Puan Rohani mempunyai potensi yang baik dan memberi kerjasama penuh dalam perlaksanaan aktiviti projek sebelum ini. Beliau juga amat bersemangat untuk membantu diri sendiri dan mengubah kehidupan keluarganya. Beliau kini lebih yakin dan berani untuk tampil ke hadapan untuk memajukan perusahaan beliau dan mempunyai pandangan yang positif untuk masa hadapan.</p>