Skip navigation

Pustaka Mesra OKU Penglihatan

Pendidikan

Pembelian peralatan untuk rakaman buku audio dan pengeluaran buku braille untuk kegunaan OKU Penglihatan di Perpustakaan H.T. Ong, Kompleks MAB, Brickfields.

Malaysian Association for the Blind


RM 843.15 telah terkumpul
10.12 % daripada RM 8331.00 59 hari lagi

Sila log masuk sebelum menderma


Latar Belakang:

  • Pembelian “1 set komputer untuk rakaman buku audio di perpustakaan, 2 set pembesar suara dan mikrofon berkualiti untuk rakaman buku audio di perpustakaan , 1 ‘binding machine’ untuk produksi buku braille dan 1 mesin fotostat untuk kegunaan pengguna di Perpustakaan.

Info Ringkas:

Sumbangan dari orang ramai akan memberi impak positif dari segi:

  • Membantu sukarelawan untuk menyampaikan suara yang berkualiti untuk buku rakaman audio.
  • Memudahkan perpustakaan mengumpul koleksi buku audio yang berkualiti.
  • Membantu staff OKU penglihatan menggunakan binding machine untuk mengemboss buku braille.
  • Dapat memberikan perkhimatan fotostat yang jelas kepada pengguna perpustakaan.

Bantuan Yang Diperlukan:

  • Antara pecahan kepada bantuan yang diperlukan adalah seperti berikut:
  1. Set mikrofon - RM519
  2. Set pembesar suara - RM545
  3. Mesin Binding - RM2038
  4. Set komputer - RM2,429
  5. Mesin fotostat - RM2,800

Rakan Amal adalah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan layak mengeluarkan resit pengecualian cukai. Sila e-melkan pertanyaan anda ke jariahfund@muamalat.com.my, untuk memohon resit rasmi sumbangan.


Soalan Lazim


#1 Adakah jumlah permohonan peralatan mencukupi?


  • Buat masa ini, sebagai permulaan kempen ini kami mensasarkan mengikut keperluan semasa supaya perpustakaan boleh menyediakan perkhidmatan yang berguna dan berkualiti kepada semua pengguna perpustakaan.



#2 Siapakah yang akan mendapat manfaat dan faedah dari projek ini?


  • Para pengguna perpustakaan OKU Penglihatan dan berpenglihatan terhad , sukarelawan dan para pelatih Gurney Training Center. Contohnya , dengan adanya “speaker “ dan “microphone” berkualiti, kualiti buku audio di perpustakaan MAB akan meningkatkan dan pada masa yang sama akan mengalakan ramai lagi pengguna untuk meminjam koleksi buku audio di perpustakaan. Manakala bagi mesin binding buku braille, staf Perpustakaan boleh menggunakan mesin dengan cara yang mudah . Mesin fotostat yang baru boleh membantu pengguna OKU penglihatan untuk fotostat dokumen -dokumen penting dengan lebih jelas dan dibantu oleh staf perpustakaan.



#3 Apakah kepentingan peralatan - peralatan ini kepada perpustakaan?


  • Peralatan – peralatan ini akan digunakan untuk meningkatkan perkhidmatan di perpustakaan dan juga kepada pengguna dan sukarelawan perpustakaan dari segi menyampaikan dan menyediakan koleksi yang berkualiti.





Hanya Penderma yang dibenarkan untuk komen. Sila daftar masuk