Skip navigation

Pengetahuan Mereka, Tanggungjawab Kita

Pendidikan

Sistem Pembelajaran Formal Kanak-Kanak Autisme Menggunakan Sumber Elektronik (E-Learning)

The National Autism Society of Malaysia


RM 7200.00 telah terkumpul
76.04 % daripada RM 9469.00 Kempen Tamat



Latar belakang:

  • NASOM ditubuhkan oleh sekumpulan ibu bapa yang mempunyai anak-anak autisme sejak tahun 1986.
  • Sehingga kini, NASOM telah mempunyai 15 buah pusat di seluruh Malaysia termasuk Sabah.

Info Ringkas:

  • Setiap pelajar autisme mempunyai karakter yang berbeza-beza.
  • Ketidakupayaan neourologikal menjadikan mereka sentiasa menghadapi masalah semasa sesi pembelajaran.
  • Sebagai salah satu langkah untuk memberikan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif, NASOM ingin menggunakan kaedah e-learning bagi menarik minat serta fokus pelajar autisme dengan menjadikan laptop sebagai medium alat bantu mengajar.

Bantuan diperlukan:

  • Antara pecahan kepada bantuan yang diperlukan adalah seperti berikut:
  1. Laptop Acer Aspire E15 (3 Unit) = RM 7,500
  2. Acer X1223H Essential DLP Projector = RM 1,699.00
  3. Dopah Manual Wall Screen 70" x 70" (6' x 6') Matt White = RM 270.00

Soalan Lazim


#1 Berapa buah laptop diperlukan?


Tiga / empat buah laptop diperlukan.



#2 Apakah perkhidmatan yang disediakan di NASOM?


NASOM menyediakan perkhidmatan screening dan diagnosis, program terapi (terapi tingkahlaku, terapi pemulihan carakerja dan latihan kemahiran sosial) , Art dan Drama Program, Program Intensif Intervensi, Program Intenvensi Awal, Pra Vokasional dan Vokasional Program.



#3 Apakah kelebihan menggunakan Projector Screen & Projector sebagai alat bantu mengajar?


Sesi pembelajaran dapat dilakukan secara berkumpulan (3 hingga 4 orang) disamping ianya lebih selamat apabila disentuh oleh pelajar berbanding sekiranya menggunakan LED screen yang mana lebih cenderung dan terbuka kepada bahaya.



#4 Kenapa NASOM memerlukan laptop sebagai alat bantu mengajar?


NASOM ingin mewujudkan sesi pembelajaran kondusif secara personal disamping memberikan pengalaman kepada pelajar untuk belajar menggunakan laptop yang mana sangat penting di alam pekerjaan.



#5 Apakah kelebihan laptop sebagai medium alat bantu mengajar?


Pelajar akan lebih cenderung terhadap perkara visual atau infografik yang menarik. Ianya akan menarik fokus pelajar untuk lebih memahami apa yang disampaikan.



#6 Adakah setiap pelajar dikenakan yuran?


Ya, kami mengenakan bayaran yuran bulanan. Walaubagaimanapun, yuran yang dikenakan adalah pada kadar minimum berbanding dengan pusat jagaan / terapi yang lain.



#7 Berapakah nisbah guru dan pelajar semasa sesi pembelajaran?


1 guru : 3 pelajar



#8 Berapakah peratusan kos pengurusan yang diambil oleh Rakan Amal untuk sumbangan kempen ini?


Tiada




# Tarikh Masa Log Aktiviti
1 26/04/2021 09:10 Pengetahuan Mereka, Tanggungjawab Kita telah mencapai 50%
2 24/08/2021 18:30 Pengetahuan Mereka, Tanggungjawab Kita telah mencapai 75%

Hanya Penderma yang dibenarkan untuk komen. Sila daftar masuk