Skip navigation

Gempur SPM di Bumi Kenyalang

Pendidikan

Pembelian System I-Learn Ace dan tiga buah tab untuk pelajar-pelajar (asnaf) di Sarawak.

Yayasan Ikhlas


RM 9897.00 telah terkumpul
100.00 % daripada RM 9897.00 Kempen Tamat



Latar Belakang:

Kemelut Pandemik Covid-19 ini ternyata memberi kesan yang besar kepada orang ramai khususnya kepada warga pedalaman di kawasan Sarawak. Di samping keperluan asas yang terjejas, keperluan pendidikan juga turut memberi impak yang besar kepada mereka. Hal ini menyebabkan anak-anak agak ketinggalan di dalam pembelajaran ekoran pembelajaran yang dijalankan adalah secara maya sahaja.

Info Ringkas:

  1. Sistem Pendidikan di Sarawak terjejas teruk ekoran Pandemik Covid-19 bukan sahaja kepada anak-anak, malah tidak terkecuali juga kepada guru-guru.
  2. Kempen ini bertujuan untuk membantu guru-guru dan anak-anak untuk belajar dan mengajar melalui website I-Learn Ace.
  3. Di samping I-Learn Ace System, kempen ini juga ingin membantu tiga orang pelajar dibawah naungan Yayasan Ikhlas di Sarawak dengan pemberian tiga buah tab demi membantu mereka untuk lebih berdaya saing.
  4. Terdapat 17 orang pelajar yang terlibat dibawah kempen ini dan tiga orang guru yang ditugaskan untuk memantau dan menjayakan kempen ini.

Bantuan Diperlukan:

Antara pecahan kepada dana yang diperlukan adalah seperti berikut:

  • RM7,000 (pembelian System I-Learn Ace untuk 17 orang pelajar & tiga orang guru)
  • RM2,897 (Tiga buah Galaxy Tab & RM200 untuk upah pemasangan & pengangkutan)

Soalan Lazim


#1 Berapakah subjek yang akan diajarkan kepada setiap pelajar ?


2 subjek pelajaran lemah oleh setiap pelajar. Pelajar akan memilih sendiri subjek yang perlu diterima didalam kelas tamabahan nanti.



#2 Adakah tajaan yang diberikan ini hanya untuk pelajar tingkatan 5 sahaja ?


Sebenarnya Yayasan Ikhlas menaja 40 orang pelajar secara keseluruhannya dan terdiri daripada pelbagai tahun. Tetapi 17 orang daripadanya merupakan pelajar tingkatan 5 yang memerlukan pembelajaran yang lebih melalui sistem I-Learn Ace ini.



#3 Mengapakah guru juga terlibat di dalam sistem I-Learn Ace ini ?


3 orang guru yang ditugaskan ini adalah untuk memantau dan membimbing pelajr-pelajar SPM ini menggunakan sistem I-Learn Ace ini. Selain itu, melalui sistem ini juga guru-guru dapat memantau tahap perkembangan pelajar-peljar ini.



#4 Siapakah pelajar-pelajar yang terpilih untuk mengikuti pembelajaran melalui system I-Learn Ace ini ?


Anak-anak di kawasan pedalaman yang terjejas ekoran perceraian ibu bapa, yang kebanyakannya menetap di rumah-rumah saudara mereka. Selain itu, mereka juga terdiri dari golongan yang daif dan sangat miskin.



#5 Berapakah peratus komisyen yang diambil oleh Rakan Amal untuk projek ini ?


Tiada





Hanya Penderma yang dibenarkan untuk komen. Sila daftar masuk