Skip navigation

Siapa yang akan mendapat manfaat daripada kempen ini?

<p>Kempen ini bertujuan untuk memberi manfaat atau faedah kepada komuniti OKU Penglihatan melalui peluang-peluang yang ada untuk mencapai kualiti hidup yang setaraf dalam masyarakat serta memancu pembangunan dan sahsiah diri OKU Penglihatan dalam bidang sosial, ekonomi, pendidikan dan latihan terutamanya dalam bidang penyiaran.</p><p>Pembangunan Siaran Radio Komuniti ini juga dilihat dapat menyampaikan sumber maklumat sahih dengan lebih berkesan dan menyeluruh serta mampu menimbulkan kesedaran dari segi tanggungjawab sosial dan lebih memahami akan permasalahan yang dialami oleh OKU Penglihatan.</p><p>Ianya juga memberi peluang untuk masyarakat untuk turut serta sebagai sukarelawan dalam menyumbang kepakaran dan khidmat seperti membaca bagi bahan bercetak yang tidak dapat di akses oleh komuniti OKU Penglihatan.</p>