Skip navigation

Kenapa bantuan diperlukan untuk kempen ini?

<p> </p><p>Siaran Radio Komuniti Dalam Talian untuk OKU Penglihatan (Radio Komuniti Orang Buta) dilihat sebagai salah satu usaha bagi memperkasakan komuniti OKU Penglihatan di Malaysia melalui akses kepada maklumat terkini berkaitan isu-isu dan berita yang bermanfaat. Ianya juga mampu menjadi tempat rujukan dan latihan dalam meningkat kemahiran dan pengembangan kerjaya dalam dunia penyiaran. Selain itu, radio komuniti ini juga dapat memberi peluang dan ruang kepada OKU Penglihatan untuk berkongsi aspirasi dan inspirasi kepada semua golongan masyarakat khususnya komuniti OKU penglihatan.</p>