Mata Kami Telinga Kami
Pendidikan
Membangunkan Siaran Radio Komuniti Dalam Talian Untuk OKU Penglihatan (Radio Komuniti Orang Buta/Blind Community Radio)

Siaran Radio Komuniti Dalam Talian untuk OKU Penglihatan (Radio Komuniti Orang Buta) dilihat sebagai salah satu usaha bagi memperkasakan komuniti OKU Penglihatan di Malaysia melalui akses kepada maklumat terkini berkaitan isu-isu dan berita yang bermanfaat. Ianya juga mampu menjadi tempat rujukan dan latihan dalam meningkat kemahiran dan pengembangan kerjaya dalam dunia penyiaran. Selain itu, radio komuniti ini juga dapat memberi peluang dan ruang kepada OKU Penglihatan untuk berkongsi aspirasi dan inspirasi kepada semua golongan masyarakat khususnya komuniti OKU penglihatan.
Kempen ini bertujuan untuk memberi manfaat atau faedah kepada komuniti OKU Penglihatan melalui peluang-peluang yang ada untuk mencapai kualiti hidup yang setaraf dalam masyarakat serta memancu pembangunan dan sahsiah diri OKU Penglihatan dalam bidang sosial, ekonomi, pendidikan dan latihan terutamanya dalam bidang penyiaran.
Pembangunan Siaran Radio Komuniti ini juga dilihat dapat menyampaikan sumber maklumat sahih dengan lebih berkesan dan menyeluruh serta mampu menimbulkan kesedaran dari segi tanggungjawab sosial dan lebih memahami akan permasalahan yang dialami oleh OKU Penglihatan.
Ianya juga memberi peluang untuk masyarakat untuk turut serta sebagai sukarelawan dalam menyumbang kepakaran dan khidmat seperti membaca bagi bahan bercetak yang tidak dapat di akses oleh komuniti OKU Penglihatan.
Radio internet ini dapat meningkatkan aksesibiliti maklumat bagi mereka yang buta atau OKU penglihatan. Radio Komuniti Online dapat mengatasi masalah akses kepada bahan bacaan bercetak dimana sukarelawan membantu mengatasi masalah ini dengan cara membacakannya dan disiarkan secara online. Ia juga menjadi stesen radio komuniti secara atas talian pertama yang disiarkan khusus untuk komuniti cacat penglihatan di Malaysia.
Kempen ini akan menjadi pengetahuan tambahan dan kemahiran baru yang ditawarkan kepada OKU Penglihatan yang berminat untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam bidang penyiaran. Studio yang bakal dilengkapi dengan peralatan canggih dan dapat diakses sepenuhnya oleh orang OKU Penglihatan mampu untuk meningkatkan keyakinan, komunikasi dan kemahiran para perantis.
Radio Komuniti Orang Buta merupakan sebuah radio dalam talian (internet) dan boleh didengari melalui aplikasi telefon pintar (Smartphone Application) yang dibangunkan atau melalui laman sesawang (website) dan akan bersiaran mengikut jadual waktu yang ditetapkan.
Buat permulaan hanya empat (4) segmen akan ke udara iaitu Info Berita Terkini, Book Reading Service, Pilihan Hiburan pelbagai genre muzik termasuk bakat OKU penglihatan dikalangan buskers berbakat serta segmen pendidikan khas dan aktiviti semasa yang melibatkan OKU Penglihatan.
Tiada
# | Tarikh | Masa | Log Aktiviti |
---|---|---|---|
1 | 12/11/2020 | 12:58 | Mata Kami Telinga Kami telah mencapai 50% |
2 | 29/12/2020 | 19:34 | Mata Kami Telinga Kami telah mencapai 75% |
3 | 15/09/2021 | 14:40 | Benifisiari untuk kempen Mata Kami Telinga Kami telah selamat menerima sumbangan |