Bilik Tenang Mesra Autism
Pendidikan
Mewujudkan ruang tenang untuk anak-anak Autism di pusat NASOM terpilih sebagai tempat selamat bagi mereka untuk berehat dan bertenang.

Barangan Keperluan Bilik Tenang Mesra Autism
Baki lebihan adalah untuk kos pengurusan
Rakan Amal adalah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan layak mengeluarkan resit pengecualian cukai. Sila e-melkan pertanyaan anda ke jariahfund@muamalat.com.my, untuk memohon resit rasmi sumbangan.
Bilik Tenang adalah suatu ruang bagi seseorang individu, dalam konteks ini merujuk kepada individu autism, yang mengalami gangguan sensori secara tiba-tiba dan memerlukan ruang untuk individu tersebut bertenang dan meredakan tekanan yang dihadapi secara berperingkat. Pelbagai faktor menyumbang kepada gangguan sensori ini antaranya bunyi, cahaya, rasa bagi suatu permukaan, dan bauan.
Terdapat beberapa peralatan khas yang diperlukan untuk dipasang di dalam Bilik Tenang ini bagi membantu meredekan ketenangan dan gangguan yang dialami antaranya sensory bubbles light tube, bean-bag, wall-padding, stress ball, mainan lembut dan mesra sensori dan karpet lembut.
Bilik Tenang akan dibuka kepada individu autism terutamanya yang sedang mengalami gangguan sensori yang agak membimbangkan. Walaubagaimanapun, bilik ini juga boleh digunakan sebagai salah satu ruang untuk terapi harian dan mingguan kepada semua pelajar bagi meningkatkan tahap kawalan emosi dan ketenangan mereka dari semasa ke semasa.
Impak menerusi kewujudan Bilik Tenang ini mampu untuk membantu tenaga pengajar menenangkan pelajar yang sedang melalui situasi tantrum yang mungkin disebabkan oleh gangguan sensori. Selain itu, Bilik Tenang ini juga dapat dijadikan sebagai bilik rehat bagi pelajar semasa waktu rehat yang diberikan. Hal ini sedikit sebanyak membantu untuk membentuk dan pengawalan emosi mereka.
# | Tarikh | Masa | Log Aktiviti |
---|---|---|---|
1 | 29/01/2025 | 19:07 | Bilik Tenang Mesra Autism telah mencapai 50% |
2 | 22/03/2025 | 09:41 | Bilik Tenang Mesra Autism telah mencapai 75% |