Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) bersama Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia telah melancarkan sebuah kempen “New Twist - Asrama MAB”. Kempen ini bertujuan bagi pembelian katil, tilam, lokar dan penyidai baju bagi kelengkapan asrama untuk kegunaan pelatih OKU penglihatan.
Kebanyakan kemudahan asrama yang digunapakai untuk latihan dan pemulihan semakin usang dan telah menjangkau usia hampir 20 tahun. Setiap sumbangan anda membawa perubahan yang signifikan kepada pelatih OKU penglihatan. Ini bukan hanya memberi keselesaan fizikal, tetapi juga memberi mereka semangat untuk terus berusaha pulih dengan lebih baik.
Rakan Amal adalah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan layak mengeluarkan resit pengecualian cukai. Sila e-melkan pertanyaan anda ke jariahfund@muamalat.com.my, untuk memohon resit rasmi sumbangan.