Apakah kepentingan katil urut mudah alih kepada Pusat Latihan dan pelatih OKU Penglihatan?

<p>Katil Urut mudah alih akan digunakan pada sesi latihan kemahiran di Pusat latihan untuk melatih pelatih OKU Penglihatan dalam bidang Terapi Urut, salah satu program Persijilan yang mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia. Selain itu, ianya juga dapat membantu tenaga pengajar untuk menambahbaik modul pembelajaran dan latihan dengan mengaplikasikan teknik bersesuaian seperti urutan kesejahteraan (traditional) dan <i>sport massage</i>.</p>