Bagaimanakah Yayasan Ikhlas mengesani mereka yang memerlukan?

Yayasan Ikhlas di cawangan bertindak dalam penyelarasan dan penentuan lokasi agihan bantuan di Sabah.

Sebaik sahaja dana telah diterima, Yayasan Ikhlas di cawangan akan berhubung dengan Pegawai Daerah, Ketua Kampung, pihak Masjid dan Surau dalam pemilihan penerima manfaat yang benar benar layak.

Seterusnya Yayasan Ikhlas bersama tim sukarelawan akan melakukan persediaan barangan bantuan termasuklah, pembelian dan pembungkusan.

Sukarelawan akan digerakkan bagi penghantaran Pek Ikhlas ke lokasi lokasi yang telah diputuskan.

Senarai nama dan laporan bergambar akan diberikan kepada penyumbang setelah projek agihan selesai.