Skip navigation

Pek Ikhlas Sabahan

Pemerkasaan Ekonomi

Inisiatif bagi memberi bantuan asas kepada keluarga kurang berkemampuan di pedalaman Sabah serta membantu membekalkan keperluan dapur yang boleh dimanfaatkan oleh seluruh keluarga.

Yayasan Ikhlas


RM 3304.00 telah terkumpul
33.04 % daripada RM 10000.00 14 hari lagi

Sila log masuk sebelum menderma


Latar Belakang:

  • Penerima bantuan Pek Ikhlas adalah mereka yang mempunyai pendapatan yang kecil sekitar RM 1,000 ke bawah yang bergantung kepada aktiviti harian seperti nelayan, petani dan buruh.

Info Ringkas:

  • Menurut sumber dari ICU JPM, 3 negeri yang diukur mencatatkan purata kemiskinan dan miskin tegar tertinggi adalah negeri Sarawak, Sabah dan Kelantan.
  • Kayu ukur penentuan kadar kemiskinan ini diambil berdasarkan Survei Pendapatan Isi Rumah (HIS) serta Survei Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah (HIES).
  • Kajian ini akan dibuat sebanyak 2 kali dalam tempoh 5 tahun. Ia diukur bagi mendapatkan analisa pendapatan dan kemudahan asas bagi isi rumah seseorang warga negara bagi penentuan kadar kemiskinan.
  • Oleh itu, kita tidak nafikan ada segelintir Masyarakat yang ibarat kais pagi, makan pagi, kais petang makan petang.
  • Mendapatkan keperluan asas seperti makanan merupakan survival harian bagi golongan ini.

Bantuan Yang Diperlukan:

  • Antara pecahan kepada bantuan yang diperlukan adalah seperti berikut:
  1. Beras 10kg
  2. Sardin 425g
  3. Bihun 400g
  4. Garam Halus 450g
  5. Tepung 1kg
  6. Gula 1kg
  7. BOH Tea 100g
  8. Minyak Masak 2kg
  9. Sos 340g
  10. Mi Segera
  11. Biskut
  12. Kicap
  13. Susu Pekat

Rakan Amal adalah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan layak mengeluarkan resit pengecualian cukai. Sila e-melkan pertanyaan anda ke jariahfund@muamalat.com.my, untuk memohon resit rasmi sumbangan.


Soalan Lazim


#1 Bagaimanakah Yayasan Ikhlas mengesani mereka yang memerlukan?


  • Yayasan Ikhlas di cawangan bertindak dalam penyelarasan dan penentuan lokasi agihan bantuan di Sabah.
  • Sebaik sahaja dana telah diterima, Yayasan Ikhlas di cawangan akan berhubung dengan Pegawai Daerah, Ketua Kampung, pihak Masjid dan Surau dalam pemilihan penerima manfaat yang benar benar layak.
  • Seterusnya Yayasan Ikhlas bersama tim sukarelawan akan melakukan persediaan barangan bantuan termasuklah, pembelian dan pembungkusan.
  • Sukarelawan akan digerakkan bagi penghantaran Pek Ikhlas ke lokasi lokasi yang telah diputuskan.
  • Senarai nama dan laporan bergambar akan diberikan kepada penyumbang setelah projek agihan selesai.





Hanya Penderma yang dibenarkan untuk komen. Sila daftar masuk