Latar Belakang:
- Inisiatif khas untuk membantu kanak-kanak gelandangan di kawasan Chowkit dengan memberi pendedahan tentang pendidikan agama, termasuk pembelajaran Iqra’ dan Al-Quran kepada mereka yang memerlukan.
Info Ringkas:
- Kebiasaanya di Chowkit bantuan yang diberikan adalah berbentuk bantuan one-off seperti bantuan makanan dan pakaian.
- Yayasan Ikhlas menyedari bahawa ada keperluan yang jauh lebih dari sekadar bantuan makanan iaitu Pendidikan yang berterusan kepada anak anak di Chowkit.
- Golongan dewasa juga dilihat memerlukan bimbingan secara dekat terutama dalam aspek kerohanian.
- Pengisian dan aktiviti-aktiviti ini sangat dinanti – nantikan oleh asnaf di Chow Kit.
Bantuan Yang Diperlukan:
Antara pecahan kepada bantuan yang diperlukan adalah seperti berikut:
- Barang Keperluan (Makanan Kering) - RM2,500
- Kudapan anak-anak asnaf - RM500
- Alat tulis pembelajaran anak asnaf - RM500
- Alat bantuan mengajar / modul - RM500
- Buku iqra (Sesi 1) /Buku Panduan Solat (Sesi 2) - RM1,000
Nota: Kempen ini akan berlangsung sebanyak 2 sesi. Setiap sesi memerlukan kos sebanyak RM5,000.
Rakan Amal adalah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan layak mengeluarkan resit pengecualian cukai. Sila e-melkan pertanyaan anda ke jariahfund@muamalat.com.my, untuk memohon resit rasmi sumbangan.
Soalan Lazim
#1 Bagaimana cara pengisian (tazkirah dijalankan)?
- Yayasan Ikhlas akan menjemput ustaz yang bertauliah untuk mengajar dan memberi tazkirah.
#2 Dimanakah tempat tazkirah dan aktiviti anak-anak asnaf dijalankan?
- Ditempat mereka selalu berkumpul (Chow Kit).
- Dibuat secara santai dan terbuka
#3 Berapa kerap program dilaksanakan?
- Sebulan sekali atau mengikut keperluan.
#4 Apakah kos yang ditanggung oleh Yayasan Ikhlas bagi projek ini dan bahagian mana yang dipohon kepada BMMB?
- Yayasan Ikhlas menanggung kos operasi melibatkan kos elaun ustaz jemputan, elaun sukarelawan team induk dan kelengkapan fasiliti dan lain-lain.
- Bagi permohonan ini, Yayasan Ikhlas ingin memohon tajaan bagi bantuan barang-barang keperluan dan bahan mengajar untuk anak-anak asnaf.