Skip navigation

Lindung Bersama Prihatin

Kesihatan

Inisiatif khas bagi membiayai perlindungan takaful hayat secara percuma selama satu tahun kepada golongan yang memerlukan.

PruBSN


RM 10000.00 telah terkumpul
100.00 % daripada RM 10000.00 Kempen Tamat



Latar Belakang:

  • Inisiatif khas bagi membiayai PruBSN Microtakaful Jariyah (MTJ) iaitu perlindungan takaful hayat bertempoh setahun secara percuma kepada KIR dari kalangan miskin tegar & miskin eKasih.

Info Ringkas:

  • Ramai keluarga miskin tegar di Malaysia hidup tanpa sebarang perlindungan kewangan. Jika berlaku musibah terhadap ketua pencari nafkah, waris yang ditinggalkan bukan sahaja kehilangan insan tersayang, malah terputus sumber rezeki utama.
  • PruBSN Microtakaful Jariyah (MTJ) ialah inisiatif perlindungan takaful hayat PERCUMA bernilai RM10,000 yang diberikan khas kepada Ketua Isi Rumah (KIR) berdaftar eKasih dari keluarga berpendapatan bawah paras kemiskinan.

Bantuan Yang Diperlukan:

  • Antara pecahan kepada bantuan yang diperlukan adalah seperti berikut:
  1. PruBSN Mikrotakaful Jariyah

Rakan Amal adalah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan layak mengeluarkan resit pengecualian cukai. Sila e-melkan pertanyaan anda ke jariahfund@muamalat.com.my, untuk memohon resit rasmi sumbangan.


Soalan Lazim


#1 Apakah itu PruBSN Microtakaful Jariyah (MTJ)?


  • PruBSN Microtakaful Jariyah (MTJ) adalah satu inisiatif yang ditawarkan melalui PruBSN Prihatin, iaitu badan amal PruBSN yang bukan berasaskan keuntungan. Ianya perlindungan asas takaful keluarga percuma bertempoh selama 12 bulan kepada golongan miskin tegar dan miskin. Dana bagi program ini adalah daripada dana amal PruBSN Prihatin.
  • PruBSN Prihatin bekerjasama dengan Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) untuk mengenalpasti golongan miskin tegar dan miskin yang layak serta berdaftar dengan pangkalan data kemiskinan nasional eKasih, serta akan turut membantu menguruskan pengedaran perlindungan takaful ini kepada penerima.



#2 Apakah yang ditawarkan oleh MTJ/ Apakah manfaat yang diperolehi menerusi skim ini?


  • Perlindungan takaful percuma bertempoh 1 tahun untuk manfaat kematian sebanyak RM10,000 atas semua sebab kematian (kecuali bunuh diri).
  • Pembayaran wang manfaat RM10,000 apabila orang yang dilindungi meninggal dunia dalam tempoh perlindungan



#3 Siapakah yang layak menerima bantuan skim MTJ?


  • Penerima mestilah berdaftar dengan eKasih di bawah kategori keluarga miskin tegar atau miskin;
  • Ketua isi rumah (KIR);
  • Berumur antara 19 hingga 50 tahun; dan
  • Mempunyai tanggungan.




# Tarikh Masa Log Aktiviti
1 01/10/2025 08:59 Lindung Bersama Prihatin telah mencapai 50%
2 01/10/2025 08:59 Lindung Bersama Prihatin telah mencapai 75%

Hanya Penderma yang dibenarkan untuk komen. Sila daftar masuk